SABDA RASULLULLAH S.A.W " BARANGSIAPA MENUJU SUATU JALAN UNTUK MENCARI ILMU,
NESCAYA ALLAH AKAN MEMUDAHKAN BAGINYA SUATU JALAN MENUJU KE SYURGA "
( RIWAYAT MUSLIM )

Ahad, 31 Ogos 2014

Candidates UPSR '14 ~

Bismillahhirrahmannairrahhim.
Alhamdulillah , dapat kite berjumpe dan still bernafas dibumi Allah S.W.T.
Ucaplah Alhamdulillah. Dah ucap belum ?
Kite mulekan story kite dengan sural al-fatihah.

Okey untuk sekment kali ni , lia tau candidates2 UPSR '14 bakal menduduki peperiksaan dalam masa yang terdekat.
Oleh sebab demikianlah , lia nak share serba sedikit petua2 untuk cemerlang dalam UPSR.
Bukan nak kerek , tapi UPSR '13 yang lepas , Alhamdulillah , lia dapat 5A dengan izin Allah.
Ni hanya sebagai amalan , bukan dipaksa , tapi kalau nak berjaya perlulah pengorbanan yang secukupnya.

Lia share petua ni bukan untk candidates UPSR je , pelajar2 yang lain , yang bakal menduduki exam jugak boleh menggunakan petua ni .
But , sebelum tu , time lia nak exam UPSR , mcm biase , study mmg gile2 lah , dulu kan lia lemah math ngn science , so subjek tu mmg lia fokus btul2 lah.
Tuisyen jgn cakap , mmg pegi , kt luar , kat sekolah , nak capai kejayaan lah katekan.

Doa penting , kite kne doa kat Allah byk2 , sbb kalu setakat usaha je , mne boleh jadi , kne ngn izin Allah jugak kan ? Solat hajat , tiap2 malam lia buat , start 2 bulan lagi nk pekse , tiap2 malam lia buat solat hajat.
Tak penat , tak rase jemu sebb kite kne lah berkornbn kalu nakkn sesuatu kan ?

Okey , jom usha tips2 yg dapat lia bagi :)






Rahsia Kejayaan
  1. Doa dan Niat
  2. Aturkan Sasaran, Cita-cita dan Matlamat
  3. Rancangan atau Pelan Tindakan
  4. Taat, Yakin dan Cintai Ilmu
  5. Usaha yang Berkekalan
Pelajar perlu meletakan Matlamat ke sekolah:
  • Belajar kerana mahu mencari Ilmu kerana Allah
  • Aku pi sekolah ni buat apa, apa yang nak capai
  • Jadikan cita-cita pendorong untuk belajar
  • Jangan belajar untuk peperiksaan tapi belajar untuk masa depan dan juga kerjaya 



Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :
  1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada “mood” untuk belajar.
  2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.
  3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan  mengulangkaji pelajaran.


Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.
  1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
  2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
  3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
  4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
  5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari yang sama.
  6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
  7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
CARA-CARA Mengulang Kaji
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses Mengulang kaji adalah:

Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.

Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.

Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.

Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.

Menjawab soalan-soalan yang  berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.




Tempoh Mengulang Kaji (Pecutan Akhir) 
Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk Mengulang kaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza.

Ada pakar yang mengatakan bahawa masa Mengulang kaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. 

Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat Mengulang kaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan.

Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses Mengulang kaji.

Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses Mengulang kaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas.
Anda mungkin perlu membuat ulang kaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda. 




Thats all from me.
I hope u alls dapat result yang terbaik !
Boleh masuk u/sekolah yg bgus2, bangga kan lah ibu ayahmu.

Gudluck , study hard + smart.
Yakin kan diri korang yang korang boleh buat , tak susah dear , senang je , yakin !


CANDIDATES UPSR '14 DO THE BEST !


Buat yang terbaik , yakin boleh !
Lia doakan korang semua mendapat result yang terbaik .
Sekian , kite tutup story kite dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.

2 ulasan:

Ryn scarlett berkata...

Saya student UPSR 2014.. apa yg saya nk katakan... cam hanat! Exam sebulan! LOL tak boleh lupa lah.. #kertasbocormohonrepeat

Ryn scarlett berkata...

Saya student UPSR 2014.. apa yg saya nk katakan... cam hanat! Exam sebulan! LOL tak boleh lupa lah.. #kertasbocormohonrepeat