Bismillahhirrahmannirrahhim...
Assalamualaikum w.b.t kepada semua..
Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar di bumi Yang Maha Esa ini..
Pada hari ini, saya nak ceritakan tentang MRSM yang terdapat di seluruh Malaysia..
Ini dia logo MRSM...
Jom , saya nak kongsikan kesemua MRSM yang ada di Malaysia juga program-program yang telah disediakan oleh pihak MRSM...
Program MRSM
MRSM menawarkan 4 program iaitu :
- Program Biasa
- Program Ulul Albab
- Program IGCSE
- Program Ulul Albab + IGCSE
Program biasa ditawarkan di beberapa MRSM:
- MRSM Beseri
- MRSM Kubang Pasu
- MRSM Pendang
- MRSM Merbok
- MRSM PDRM Kulim
- MRSM Balik Pulau
- MRSM Transkrian
- MRSM Gerik
- MRSM Pasir Salak
- MRSM Lenggong
- MRSM Pengkalan Hulu
- MRSM Felda Trolak
- MRSM Kuala Kubu Bharu
- MRSM Kuala Klawang
- MRSM Terendak
- MRSM Muar
- MRSM Pontian
- MRSM Mersing
- MRSM Muadzam Shah
- MRSM Kuala Krai
- MRSM Tun Ghazali Shafie
- MRSM Jeli
- MRSM Kuala Terengganu
- MRSM Kuala Berang
- MRSM Besut
- MRSM Pasir Tumboh
Program Ulul Albab
- MRSM Gemencheh
- MRSM Kepala Batas
- MRSM Tawau
Program IGCSE
- MRSM Tun Abdul Razak
- MRSM Batu Pahat
- MRSM Baling
- MRSM Alor Gajah
- MRSM Langkawi
- MRSM Tumpat
- MRSM Serting
- MRSM Kuantan
- MRSM Johor Bahru
- MRSM Parit
- MRSM Kota Kinabalu
- MRSM Kubang Pasu
Program Ulul Albab + IGCSE
- MRSM Kota Putra
Ini dia... Kesemua MRSM dan program yang telah disediakan.
Kini, saya nak kongsikan syarat-syaratnya pula..
Syarat Kemasukan
Syarat Kelayakan Tingkatan 1
1. Warganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
- Bumiputera tahun enam
- Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Seklolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh yang telah ditetapkan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syarat Kelayakan ke Tingkatan 4
1.Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR
2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM)
Ini pula syarat untuk melayakkan diri untuk menjadi warga maktab..
Sekarang saya nak kongsikan tentang budaya MRSM..
Budaya MRSM
Budaya MRSM yang dimaksudkan ialah cara bertindak atau cara hidup warga MRSM khususnya pelajar-pelajar yang dapat menggambarkan identiti mereka sebagai produk MRSM yang unggul.
Adalah menjadi hasrat MARA untuk melahirkan pelajar yang mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri budaya MRSM yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam seperti berikut:
Budaya Cemerlang
- Cara berfikir, cara bertindak / berkelakuan pada tahap yang sangat baik. Sentiasa berusaha mencapai tahap yang terbaik dalam pelbagai bidang.
Budaya Keusahawanan
- Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko, disamping mempunyai sikap proaktif, komitmen, tekad dan cekal
Budaya ilmu
- Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu disamping menemu dan membina ilmu pengetahuan
Budaya Penyayang
- Mempunyai perasaan simpati, prihatin, hormat menghormati, bersedia membantu orang lain, sayang harta benda dan alam sekitar.
Budaya Kepersisan Bahasa
- Mampu berbahasa dengan bijak, tepat dan jitu. Boleh menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
Budaya Berfikir
- Dapat berfikir secara Kreatif, Kritis, Inovatif, Proaktif dan Rasional
Budaya Saintifik
- Mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi masa depan
Hebat bukan ? Jika sesiapa yang menerima paggilan daripada MRSM , pergilah belajar disana. Pelbagai kemudahan sudah disediakan disana..
Kebanyakan pelajar termimpi-mimpi untuk menjadi warga maktab. Jadi , fikirkanlah. Mana yang terbaik buat anda semua.. Percayalah, Allah sudah tetapkan yang terbaik buat semua umatnya.
Percayalah pada diri anda. Yakin bahawa keputusan anda bakal membuat kehidupan anda jauh lebih sempurna...
Walau ape sahaja yang berlaku , percayalah , ia adalah yang terbaik buat anda semua.
Ia adalah anugerah terindah dalam hidup anda.
Believe yourself is the best choice.
Keputusan anda hak anda. Terpulang kepada minda kita. Ketahuilah, keputusan anda akan menentukan hala tuju hidup anda.
Sekian sahaja daripada saya.
Assalamualaikum..
Ikhlas dari hati,
Alya Azman...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan